Wednesday, December 12, 2012

Petikan dari artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 9:32 PM 0 comments
PELACUR, ANJING Dan KEHIDUPAN
July 22nd, 2010 by admin

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari).

 

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.

 

Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi. Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w

Mereka itu selalu gambar Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kesian, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah:

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya" (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan 'engkau bagaikan anjingkan' adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.

Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

APAKAH SYURGA MURAH?

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!

Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang lakukan dari masa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya. Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi.

Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu. Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya. Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.

Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.

TIDAK SAMPAI AJARAN

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan. Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.

Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka. Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut:

"Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul" (Surah al-Isra; ayat 15).

Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.

INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 14, 2012

Life-Volume I

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 9:05 PM 0 comments
Everything we go through in life is a valuable lesson! To be learnt from, noted down & fed back to our children & attempt to better humanity!
Do not educate your child to be rich.. Educate them to be happy.. So when they grow up, they'll know the value of things.. Not the price..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Life-Volume I

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 9:04 PM 0 comments
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 1, 2012

Introvert and Information

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 7:07 AM 0 comments
People always misunderstood about introvert.Introvert doesn't mean ISOLATED/ ALOOF. We do hang out with friends, watch movie, and many more. We do socialize with others. But crowded and packed places are just not our favourite like concerts or packed club or mall or mybe 'Jom Heboh'. We have friends and some of us have 'gangs'. We drink and hang out at mamak but not that often like extrovert. We prefer stay at home and usually our room will be our favourite place to be. Go and find a proper information about something before 'label' someone. The funny part was there was someone from Psychology department kinda wrongly put me in extrovert category while it was obviously I am more to myself.
Finding the right information is very crucial in everything you might do/say/act. Don't simply believe because others said so. Seek the answer, ask people with better knowledge. Not "semborono" je tanya org because you might get the wrong information. Like the current example when people relates 'Gangnam' song with kisah Rasulullah S.A.W. Tanpa usul periksa, main copy je from internet which we're not sure about its sources and broadcast it widely. Konon macam menyampaikan amanat seolah2 mengharamkan lagu tersebut sedangkan lagu itu tidang sedikit pun kena mengena dengan kisah Rasulullah tercinta kita.Bukan mahu memihak kepada pihak non-Muslim,tapi fikirlah jika one day keluar statement lain pula.okay, how about if one day there will be a statement saying "Let's burn all churches.ini perintah si polan dan si polan" ..-out of nowhere this order come out-will these people believe it and burn the church?possible! Because they don't like to seek for evidents and membuta tuli mempercayai sesuatu source itu walhal terang2 kita sama sekali dilarang dengan sengajanya mewujudkan pergaduhan/pertelingkahan neither with Muslims nor non-Muslims. Seek the right information/knowledge because the more ignorant oneself, the more jugmental he/she could be.
Wassalam. CHY
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Ketagihan Dosa

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 6:50 AM 0 comments
Ketagihan bukanlah ditujukan spesifiknya terhadap alkohol dan dadah sahaja tetapi kepada segala jenis dosa dan macam2 lagi.
Manusia boleh ketagih untuk menipu,bergosip,bangga diri,clubbing,cemburu,zina,berlagak,main judi,pecah amanah,buang masa,henfon,mencarut dan banyak lagi.
Bagi melawan ketagihan ini,pertamanya haruslah kita mengaku bahwasanya kita memang ketagihan sesuatu itu dan kemudiannya carilah bantuan melalui teman2 yg boleh dipercayai dan cuba pulihkan ketagihan itu.
Ketagihan terhadap dosa ini sangat subtle @ tidak ketara kerana ia telah menjadi 'makanan ruji' kita dan sebati dek terlalu kerap melakukannya.
Daripada takut2 menjadi berani sikit yg kemudiannya menjadi kebiasaan tanpa disedari. Kenapa tak sedar?kerna iman mu telah ditusuk duri-duri halus hasutan Syaitan yg semakin hari semakin memboloskan imanmu. Maka jika tiada iman,maka tiada jugalah perasaan malu kerana iman dan malu datang seiring dan saling menongkat antara satu dan yg lain. Malu itulah yg bisa memelihara iman kita dari dicalar oleh ketagihan dosa ini.
Aku percaya bahwa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Thus, it's never too late to repent @ bertaubat. Ia hanya terlambat jika matahari terbit disebelah satu lagi-barat,kerna itulah salah satu tanda besar hari Kiamat. Repentance and building our link with the Almighty is prime in combating addiction. It's better be now than NEVER.
Tapi sayangnya,semakin hari,semakin ramai yang prefer hidup didalam penafian bahwasa diri mereka sedang diulit ketagihan dosa.
P/s: peringatan pada diri hamba juga kerana kita manusia tidak pernah trlepas dari dosa. Tetapi bertaubatlah segera. ‎​‎​اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ.
Allahu'alam.Cahaya.
-Rujukan dari kata2 Mufti Ismail Menk
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 10, 2012

Modesty

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 3:56 AM 0 comments
Bila sesuatu benda yg kita ada terlalu banyak,ia akan jadi unappreciated.but when it becomes small or less,then only we start to take note or value it.MODEST n moderate is the best condition ever. Because in life,if ur being 'too much' or 'excessively' for everything,u might lose your identity. Ibarat kata orang putih "Be moderate in everything, including in moderation".
It might be the extremists who change the world, but it is the moderates who step in when all the changing is done and make it liveable. Why extremist can't? Because most of them are radical and irrational in certain matters or states. Plus, of cos bcos they are 'extreme'..toooo much!..
When things become too much or uncontrollable,all u need to do is 'PAUSE' and put yourself in a silent mode n then, start to THINK. Make a checklist in your head of what's necessary and what's not. Scale them from 1-10 or maybe 100??(o_O). Being silent doesn't mean being empty like this one Melayu punya metaphor- 'Diam-diam ubi berisi'. It brings many definition based on one's understanding. When we see people smile, we tend to make a statement that 'ohh..they look so happy as if they had no problem in their life'. Listen peeps, they smile because they WANTed to do so. Wanting something is all about one's right to choose. No rush and force. Like I've stated before 'if it's to be,it's up to me' .
As-Salam.Cahaya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 23, 2012

Subhanallah

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 3:55 PM 0 comments
All the quotes in the world won't make us a pious person, it's our actions that are going to be judged. There is always a future for sinner and there is always light and guidance for ignorants. All we have to do is SEARCH for it. That's our obligation as khalifah on HIS land. Do not expect miracle to happen when you don't believe yourself.

I said: My sins are so many.
-Allah said: "And who can forgive sins except Allah? " [3:135]

I said: Do not leave me.
-Allah said: "So remember Me; I will remember you." [2:152]

I said: I'm facing a lot of difficulties in life.
-Allah said: "And whoever fears Allah ? He will make for him a way out." [65:2]

I said: I have many dreams that I want to come true.
-Allah said: "Call upon Me; I will respond to you." [40:60]

Subhan'Allah

Allah doesn't always give you what you want , But He gives you what you need. That's the Greatness of Allah.

Wassalam. Cahaya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 11, 2012

Cinta;boleh @ tidak?

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 7:21 AM 0 comments
Bersabarlah. Jodohmu pasti tiba andai takdir ada di dunia. Jangan mengambil jalan mudah dengan menjalin hubungan cinta yang membelakangiNya. Itu cinta nafsu! Tiada keberkatannya andai lorong itu yang diambil. Maka, waspadalah. Kerana syaitan itu bijak menghias perkara maksiat pada penglihatan sebagai suatu khayalan indah.

Tidak salah tetapi berjaga moga tidak cenderung ke arah cinta manusia yang tidak halal. Rentetan itu hati menjadi sedih tatkala cinta tidak seperti yg diidam. Tidak salah mula mencari andai diri itu sudah diketahui bersedia memasuki fasa baru. Namun berpadalah. Jangan sehingga pencarian menjadi racun kepada ibadah

Jernihkan hati mencari diri.
Kita hanya hamba yang melalui tempat persinggahan sebelum kembali kepadaNya.
Dunia itu penuh tipu daya maka persiapkan diri menghadapiNya.
Cinta itu bukan noda tetapi kitalah yang sering mewarna hitamkan kanvas cinta sendiri.

Peringatan sepenuhnya buat diri.
Kerana saya juga seorang remaja.
Kerana saya juga seorang manusia yang keliru.
Menyedari itu mesti berpegang erat pada prinsip agama.
Sebelum ditarik cinta bercelaru bernafsu.

Ingat, hati itu juga harus kita bina sekental kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan agama yang tetap sahaja tersenyum walau dilumuri darah.

- Artikel www.iluvislam.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 10, 2012

Alhamdulillah:)

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 12:46 PM 0 comments
Alhamdulillah..syukur ke hadrat yg Maha Esa Tuhanku ya Allah. Tenang dan gembira hati ini tika melihat sahabat yg sama2 'crazy' @ 'social' dulu kini telah temui jalan yg sama diri ini jalani kini iaitu jalan yg BENAR. Alhamdulillah. Tiada yg mustahil dalam mencari sinar Illahi. Allah is the Most Merciful. Dia tidak pernah meninggalkan hambaNya walau sedetik pun walhal kita yg melupakanNya. Lihatlah, perubahan pada diri seseorang itu dari jahil ke arah yang benar telah menunjukkan bahawa sentiasa ada jalan didepan mu. Hanya kita saja yg membutakan mata hati utk melihat. Alasannya 'blom ready lah','kalo buat tak ikhlas,baik tak payah'. These kind of reasons mmg selalu kita dgr. Tp alasan tetap akan menjadi alasan. Ia tidak akan mmbawa ke mana2 kalau kita tidak pernah mencuba. Walau kita telah mencuba skalipun namun gagal, ibarat kata org putih 'TRY HARDER'!..inshAllah kan kau temu jalan itu. Jalan yg sgt tenang, suci, dan semestinya tiada yg benar selain jalan Allah. Islam bukanlah sekadar agama. Islam is the way of life. Islam should be our CULTURE. Kalau Melayu budaya kita, belum tentu Melayu boleh setaraf dgn budaya Islam sebab ada juga adat2 kita yg kind of contradict to the way Muslims should live their life. Muhasabah diri selagi waras minda kita. InshAllah,Allah itu Maha Agung. Mohonla agar diberi petunjuk dan cahayaNya. Amin.
Salam Ramadhan.-Cahaya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 7, 2012

Change n Think;You or Me?

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 2:31 AM 0 comments
Being hurt is something you cant stop from happening, but being miserable is always your choice. There are 3 C's of life: Choice, Chance, Change. You have to make the Choice to take the Chance if you want anything to Change. Never expect people to change because they won't. People only change whenever their surrounding/environment is changed. The surrounding includes all things that involve yourselves;friends, family, etc. Thus, to make people change is by changing ourselves first, change the way we approach that smthing or on how we handle them. Remember, rejection doesn't hurt, expectation does. Lie doesn't kill, denial does. "Forget" doesn't heal, "forgive" does. So lets think..think..and think. Should we be the one who make a change or just be the one who waits? We've been granted with a brain, the best and complex creation of all organs in human body. and Al-Quran itself encourages us to think either critically or creatively. Recognition/understanding of things is never an easy task. As in Al-Quran stated several verses that stress human being to THINK. For example in Surah al-Imran (190-191), Surah ar-Ra'd (3), and Surah An-Nisa' (82). Thinking is a must for all hamba Allah in order to make ourselves more close to Him by thinking the wisdoms behind all of His creations.
"LOOK,THINK REMEMBER,UNDERSTAND,ACT accordingly"
Assalamualaikum. (Cahaya)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 5, 2012

Now and After

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 8:12 AM 0 comments
Life is like a camera lens. Focus only on what's important and you will capture it perfectly. Ingatlah, sabar itu iman, iman itu dibina bukan diwarisi, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman. Focusing on unbeneficial matters will only goin to waste ur time and energy. Balance your worldly matters and hereafter. ‎​‎​اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ u'll feel more grateful and satisfied with whatever u have though it is as minute as molecule.
Wassalam-Cahaya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 2, 2012

Solat Sunat Taubat

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 10:19 AM 0 comments
Sempena menjelangnya pertengahan Ramadhan,mari perbanyakkan lagi amalan kita dan mohonla keampunan dariNya.sesungguhnya kita hanyalah hamba Allah yg tidak lari dari khilaf dan dosa.Ayuhla sahabatku mohonlah keammpunan dariNya dgn menunaikan solat sunat taubat sebelum terlambat.SesungguhNya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Allah suka tika hambaNya berdoa kepadaNya.Marilah..ini saya sertakan cara menunaikannya yg diambil dari blog seorang hamba Allah yg tidak lokek berkongsi ilmu. Yang sudah mengetahui caranya,jgn disia2kan ilmu yg ada..tunaikanlah sesegera yg mungkin.
P/s: peringatan buat diri hamba juga.
http://www.suterakasihyann.com/2012/05/zikir-taubat-solat-taubat-taubat-dari.html
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 28, 2012

Just a reminder

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:29 AM 0 comments
Right now someone has open their joyous, genuine nature because they did the hard work of hauling years of oppression off of their psyche.
Right now someone is fighting the fight so that you don’t have to..
Right now some civil servant is making sure that you get your mail, and your garbage is picked up...
Right now someone is dedicating their days to protecting your civil liberties and clean drinking water..
Right now someone is regaining their sanity & health..
Right now someone is genuinely forgiving the seemingly unforgivable..
Right now someone who is craving to be partnered, to be acknowledged, to ARRIVE, will get precisely what they want — and even more..
Right now someone is sat doing dua for the Ummah. Others have mentioned you & me & others you know by name in their prayers..
We might be one of this 'someone'..Look, Understand, and be grateful for this 'someone' because they are one of the factors our society and life is balanced. Thus, stop being selfish and learn how to be more thankful for whatever we have/ had. This good message not only to remind others but also to remind myself too since human tends to forget. Wassalam.:)

Tuesday, July 24, 2012

Dugaan hijrah

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:23 AM 0 comments
Tika hamba dalam proses penghijarahan diri, tiba2 ada suara sumbang mengatakan 
'eleh, bg nasihat je lebih,tp buatnya tak seberapa'. 


Let me stress smthng here. Proses penghijrahan diri seorang hamba Allah dari jalan jahil ke jalan yang benar bukanlah satu proses yg mudah. Konflik yg kadangkala wujud dlm diri membuatkan diri seakan2 rapuh dan berpotensi utk berpatah balik ke jalan gelap. When we give advice to others, its not only to motivate others but indirectly wil motivate ourselves too. At least WE ARE TRYING here fellas. 


Remember, we came from different colours of background. Some people are lucky to have a well-groomed family that have a high knowledge in Islam but some are not. Thus, do consider this part too since we are still in learning process/ baby- stepping. Being sacarstic won't help to solve anythng n nothing else but bringing down the spirit and the determination of oneself. A little empathy and SUPPORT is very helpful at this fragile state. Memerli or teasing mungkin ada baiknya jika kena cara but if its done in order to hurt someone, that's one of the cruellest things man able to do since words r sharper than a sword. 


Therefore, please show some respect for the people who r stil in learning process of becoming a better Muslim. Harap sahabat2 dan saudara2 saya yg membaca akan mendapat ikhtibar dari penulisan ini. Wassalam.

Terapi salawat

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:22 AM 0 comments
Dapatkan segera CD Album Zikir Terapi Selawat oleh Iman Muda Najdi. Zikir yang diberi sentuhan muzik kontemporari yg sungguh mengasyikkan. Mengasyikkan ini bukanlah asyik yg kosong2 sahaja, tetapi bibir kita sentiasa ternyanyi2 zikir ini dek alunan muziknya yang mantap. Cuba lihat preview of this album on youtube. Pemberian nafas baru pada muzik zikir adalah salah satu cara utk mendekatkan anak muda kita dgn amalan berzikir.

Its only RM19.90 if I'm not mistaken. Ayuh!dapatkan sekarang cos I already got mine!- (my sis bought it actually):)

Pain

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:20 AM 0 comments
PAIN..it was given to human being for so many reasons. Reminder, test, warning n so on. And all we have to do is continuously pray to Allah to take away the pain/ ease the pain. But that's the thing. Allah is the Most Greatest and the Most Merciful, He can simply give the pain to us n in a second, He can take away the pain. I can say nothing but Alhamdulillah to no one but Him alone. 


Medicine might be the 'helper', but everythng is in His hand n He knows best. 


As in Quran stated ' Remember me(Allah) n I'll remember u'. Wallahualam.

Relationships

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:19 AM 0 comments
We are human being n we do mistakes. But the difference is how far one would go b4 realizing his/her mistake? People keep blaming others for the failure of their relationship (including me). However, we should dig into the problem and find the core cause because suprisingly sometimes, it can be yours. 


That's why 'A relationship is more than finding the right person, it's also about BEING the right person'.. This is absolutely true though its hard to admit it because we tend to think that we are good enough for them. Let's pray to Allah to make us a better person everyday. Amin.


P/s: Relationship here is general, NOT only love r/ship. TQ.

Monday, July 23, 2012

Muhasabah

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:19 AM 0 comments
Di saat kita jatuh dlm kehidupan ini, gunakanlah teknik 'PAUSE' atau 'berhenti seketika' untuk berfikir di mana salah diri sebelum menunding jari ke pihak lain. Mengaku salah diri adalah perkara yg paling sukar di buat dek ego kita yg tinggi menggunung. Let's make it simple here, when nails grow, you cut nails not fingers. Similarly, when ego grows, cut the ego, not your life or relationship with others. 


Sempena bulan yg mulia ini, ayuhla kita bermuhasabah diri agar tika bulan Ramadhan berakhir, lahirlah insan yg lebih produktif dari segi rohani dan jasmaninya. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ .

Sunday, July 22, 2012

Pengabdian

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:17 AM 0 comments
Kita berpuasa ini kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan marilah berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam perkara seringkas bersahur.Moga puasa kita dirahmati dan diterima Allah SWT.آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Friday, July 20, 2012

Hijrah

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:17 AM 0 comments
1st Ramadhan after penghijrahan diriku. Terasa semakin bermakna hidup ini.آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ..

Tuesday, July 17, 2012

Pearl #1

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:16 AM 0 comments
Senyumlah seperti anda tidak pernah menangis,
Berlawanlah seperti anda tidak pernah kalah,
Mencintailah seperti anda tidak pernah dilukai,dan yg paling penting ialah.... 
Beribadatlah seperti itu ibadat anda yg TERAKHIR..
Moga Allah merahmati hari kalian..آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ..:)

Monday, July 16, 2012

Musics

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:14 AM 0 comments
Knowing a person is like music, what attracts us to them is their melody, and as we get to know who they are, we learn their lyrics..

Wednesday, July 11, 2012

Love, marriage

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 10:30 AM 0 comments
A happy man marries the girl he loves; 


BUT...!


a happier man loves the girl he marries..let's break the stereotype!!..:).


May Allah bless all my friends who are already married.آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Saturday, June 23, 2012

Think

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:11 AM 0 comments
Before you assume, learn the FACTS. 


Before you judge, understand WHY. 


Before you hurt someone, FEEL. 


Before you leave, commit to STAYING.

Tuesday, May 29, 2012

Birth meaning

Posted by Aku Orang Besar (AOB) at 1:12 AM 0 comments
BIRTHDAY is the day that we suppose to wish and celebrate our MOTHER who brought us into this world with pain and tears instead rather than throw a big party to THE 'baby'.This way is more blessed and barakah in the eyes of God. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ .May everyone especially Muslims can implement this new way of celebrating birthday.Amin.:)
 

Aku Orang Besar Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos